P laylist CD Pilihan:
(Dikemaskini 1 Januari 2025) |
|
|
YANG BENAR
–
Rabbani
Tujuh tahun tanpa album baru iaitu sejak pemergian allahyarham Asri Ibrahim, kumpulan nasyid kontemporari, Rabbani muncul semula dalam industri muzik perdana dengan album YANG BENAR. Rabbani bangkit semula untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Asri Ibrahim dengan penampilan vokalis baru, Azadan Abdul Aziz. Album studio terakhir Rabbani MAHABBAH pada tahun 2009 pernah menampilkan vokalis Zulkiflee Azman bagi menggantikan Asri Ibrahim. YANG BENAR juga menyaksikan Rabbani berkolaborasi semula dengan komposer terkenal Edry Abdul Halim yang pernah mengangkat mereka dengan lagu hit 'Intifada'. Lebih menarik album ini turut menampilkan lagu duet bersama dua bintang terkenal tahahair Siti Nurhaliza dan Black. Kesemua lagu dalam album ini adalah lagu baru kecuali lagu 'Mawar Berdarah' yang pernah diselitkan dalam album KOLEKSI EMAS RABBANI (2015). |
|
KETIKA CINTA – Rabbani, Durrani & H arakat Madani(Rabbani Production, 2011)
Album kompilasi ini turut menampilkan lagu baru nyanyian Rabbani yang menyanyikan semula lagu nasyid popular Opick 'Ketika Cinta' dan Raihan 'Iman Mutiara'. Sekali lagi Rabbani merakam semula lagu popular Brothers 'Teman Sejati' walaupun mereka pernah berbuat demikian untuk album kompilasi YALLA BEENA (KRU Music Group, 2004). |
|
MAHABBAH
–
Rabbani
Album Mahabbah julung-julung kalinya menampilkan ahli Rabbani yang lain sebagai vokalis utama selepas Arwah Ustaz Asri Rabbani iaitu Zulkiflee Azman. Juga terdapat sebuah lagu yang juga merupakan rakaman terakhir Allayarham Ustaz Asri 'Inikah Petanda' dengan menampilkan bintang Akademi Fantasia 3, Mawi. |
|
NOSTALGIA
NADAMURNI
–
Rabbani
Bagi mengimbas kembali nostalgia era nasyid dahulu, Rabbani telah menghasilkan sebuah album istimewa NOSTALGIA NADAMURNI yang juga merupakan hadiah kepada peminat irama nasyid yang telah lama menyokong perjuangan Rabbani bermula dengan nama 'Nadamurni' sejak tahun 1987 lagi. Kesemua lagu pernah dipopularkan oleh Nadamurni dan biarpun dirakam semula album ini tetap mengekalkan elemen nostalgia, malah susunan muziknya juga ringkas. Begitu juga dengan penghayatan, Rabbani tidak mengubahnya hanya kerana mahu memenuhi kehendak khalayak semasa. Lagu hit Nadamurni 'Ibu Mithali' sekali lagi diberi nafas baru oleh Rabbani biarpun mereka telahpun merakamkannya untuk album PERGI TAK KEMBALI (EMI, 2000). |
|
RABBANI
1418-1428H
Album koleksi bersempena 10 tahun Rabbani menjadi artis rakaman bermula pada tahun 1997. Sebagai bonus ditampilkan dua lagu baru, 'Menteri Merah Di Ufuk Timur', rakaman asal kumpulan Search dan 'Saksi' berkolaborasi dengan bintang pujaan masa kini, Mawi. Juga ditampilkan Wan Roslili Majid, ihsan IKIM atas penyelidikan dan suara narrator untuk petikan Quran dan hadith. Kesemua petikan ayat Quran dan hadith merupakan rakaman baru. |
|
MAULANA
–
Rabbani
Album MAULANA bukan saja menyajikan lagu berunsur nasyid tapi diserikan juga dengan pujian pujian ke atas Rasulullah melalui selawat, berzanji dan marhaban. Selain memuatkan 2 buah lagu ciptaan baru, 'Berpaut Pada SabdaMu' dan 'Rabiul Awal', Rabbani turut merakam semula lagu religi klasik Arab, 'Maulana', 'Maulaya', 'Sollaalaikallah' dan 'Ya Rasuluallah'. Mereka juga turut memberi nafas baru terhadap lagu nasyid klasik malar segar 'Junjungan Mulia' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid dari Singapura, Al Mizan. |
|
YALLA BEENA – Rabbani (KRU Music Group, 2004)
YALLA BEENA merupakan album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu nasyid terbaik Rabbani menerusi 2 album dibawah label KRU Music Group, QIBLAT (2002) dan EPIK (2003). Terdapat 3 lagu baru dan rakaman semula lagu popular mereka 'Assalamualaikum' yang telah diberi nafas baru untuk kali keduanya dan sebuah lagu popular yang pernah dirakam oleh Brothers, 'Teman Sejati'. |
|
QIBLAT – Rabbani(KRU Music Group-Warner, 2002 / rilisan semula Inteam Records)
Sebagaimana album INTIFADA,
Qiblat juga antara album terbaik Rabbani
dan telah menerima pengiktirafan sebagai ALBUM NASYID TERBAIK AIM 2003. |
|
AMAN
–
Rabbani
AMAN menampilkan muzik yang tidak banyak berbeza berbanding dengan album sebelum ini INTIFADA. Album ini mengandungi 6 lagu versi Melayu, 4 lagu versi Arab dan lainnya adalah bacaan ayat suci al Quran dan beberapa petikan hadith. Penampilan komposer yang popular dengan lagu bukan nasyid seperti KRU, LY, Bong dan Azmeer benar-benar memberi kelainan sebagaimana album INTIFADA. Ini kerana terdapatnya lagu nasyid yang lebih kontemporari kerana dicampurkan dengan irama lain dan lebih kepada genre pop. Kepelbagaian irama nasyid yang sedang ditonjolkan Rabbani adalah amat baik untuk memajukan irama nasyid agar terus diterima peminat terutamanya golongan muda. |
|
INTIFADA – Rabbani(Permata Audio Production-EMI, 2001 / rilisan semula Rabbani Production)
Album INTIFADA telah diiktiraf sebagai Album Nasyid
Terbaik AIM 2002. |
|
IQRAR: 1421
–
Rabbani
Album koleksi ini turut menyenaraikan sebuah lagu baru 'Iqrar' dan rakaman semula dua buah lagu popular mereka 'Assalamualaikum' dan 'Munajat'. |
|
PERGI TAK KEMBALI
–
Rabbani
Album ini juga telah dirilis semula dengan kulit album alternatif. |
|
MUHAMMAD YA HABIBI
–
Rabbani, Haraqat Madani
& Yusuf Islam
|